Tuesday, June 1, 2010

Satu vs seribu

Satu vs seribu,
Si gadis manis berbaju kurung,(alahai,ayu yer)
Menutup aurat cantik bertudung,(bagus!)
Jalannya sopan, lembut tuturnya,(alahai…sedap mata memandang)
Hatinya bersih, bahasanya halus,(susah tul nak cari perempuan yg cmnih)
Wajahnya bercahaya, solatnya terjaga,(bertaqwanya)
Hanya kepada Tuhan yang Esa.
Tetapi bagaimana dengan seribu???
Gadis pendek akalnya,(ish,xmau gadis yg cmnih!)
Berpakaian ketat, memperlihatkan susuk tubuhnya,(Masya’allah)
Bergaul bebas, kasar berbicaranya,(xsenonoh)
rosak hati, rosak akhlaknya,
tiada rasa keinsafan,(Nauzubillah,minta dijauhkan)
hanya diselaputi dengan kejahatan.
Satu vs seribu,
Si teruna baik tuturnya,
Solatnya tidak ditinggalkan,(teruna idaman wanita solehah)
Yang sakit sentiasa diziarahi,
Yang lemah dibantu,(baik yer!)
Al-Quran sebagai novel harian,(Alhamdulillah)
Sentiasa bertaqwa dalam iman,
Hidupnya hanya pada Tuhan,
Tetapi bagaimana dengan seribu???
Teruna gatal bersepah,(eeeii,takut!)
Jatuh terduduk kerana dadah,(sampah masyarakat)
Dianggap sampah masyarakat,
Gitar dipetik mengiringi azan,(Ya Allah,jahilnya manusia nih)
Suara garau lagu didendangkan,
Hilang rasa malu,hitam hatinya.
Sedarlah wahai insan seribu,
Yang satu jadikan teladan,
Dosa dan nista eloklah ditinggalkan,
Jadikan ia sebagai sempadan,
Dambakan kasih Tuhan,
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
Lagi Maha Mengasihani.



‘Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita . Jangan nafikan reality!! Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri’.

No comments:

Post a Comment