Friday, June 11, 2010

Sabar itu sifat mulia

-->

Kita selalu suruh kawan-kawan atau siapa-siapa yang menghadapi kesusahan atau orang yang sedang marah supaya bersabar.adakah sifat sabar itu ada pada diri seseorang itu dan paling tepat dalam diri kita?marilah kita check balik diri kita adakah kita seorang penyabar.urmm..sebelum itu,apakah yang dimaksudkan dengan sabar?
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:" (Maksud ayat 155:Al Baqarah)
Saya selalu sabarkan diri saya kalau ada sesuatu yang boleh buat saya marah, mendapat pelbagai musibah seperti mendapat result kurang baik,terjatuh dari tangga.paling saya tak lupa masa saya kecik2 dulu,saya kena buli! Hush! Sabar jelah..ikutkan hati saya kalau saya jumpa seniors yang buli saya dulu saya giling dia sampai lumat tapi saya tak buat sebab saya tahu………………………………
Firman Allah: mereka itulah yang diberikan pahalanya dua kali ganda disebabkan mereka bersabar . (al-Qasas:54)

Firman Allah lagi: Hanya orang yang sabar akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan. (Az-zumar:10)
Saya nih kuat mengadu juga orangnya..kalau ada orang buli saya,saya mengadu kat ummi saya tapi ummi saya selalu pesan “biar orang buat jahat kat kita,kita jangan buat jahat kat orang” urmm..kenapa tak boleh balas balik pula,yelaa,dia dah buli kita,kita buli balik orang tu,baru adil an??! Inilah namanya sifat sabar.sabar daripada nafsu marah.sabar juga boleh mengawal sifat marah.eh,memang la..sebab marah lawannya sabar..sabar lawannya marah..apalah,tak payah la saya menegakkan benang yang basah!
"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan." (Maksud ayat 96: An Nahl)
Kita seharusnya menyedari bahawa segala musibah yang berlaku itu adalah ujian dari Allah, seterusnya yakin dan redha akan ketentuan qadha dan qadar Allah.manakala setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (sesorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Maksud ayat 11: At-Thaghaabun)
Sedang saya menaip tiba-tiba saya dapat mesej daripada seorang rakan saya menyedarkan saya ada orang lain yang lebih malang dan sedang  menghadapi ujian Allah yang paling besar iaitu rakyat Palestin dan para sukarelawan yang diserang oleh kaum Yahudi laknatullah.apa sebenarnya mereka mahukan,merebut kawasan?padahal mereka tahu……..
Allah berfirman yang bermaksud: “Katalah(wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja,(dan akhirnya akan lenyap),dan balasan hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya.” (Surah al-Nisa’:77)
Kaum Yahudi memang sahaja buat-buat tidak tahu kerana mereka sentiasa ingkar perintah Allah!
Dan ingatlah wahai rakyat Palestin sabda Junjungan:
“Jika Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan mengujinya.Sesiapa yang reda dengan Allah, Allah reda dengannya.”
Dengan itu kita patut bersyukur kerana ujian yang seberat itu tidak diberi kepada kita.sebagai saudara Islam kita mesti mendoakan agar saudara kita tetapkan iman dan supaya Allah menurunkan bala kepada kaum Yahudi laknatuallah kerana doa-doa orang yang dizalimi dimakbulkan oleh Allah.bantulah mereka mengikut kemampuan kita.Insya’Allah….
Sebagai kesimpulannya,kita jangan rasa ujian Allah itu amat menyusahkan padahal apa yang kamu rasa hanyalah sedikit.jadikan sifat sabar itu sahabat baik kita kerana tak rugi kalau bersabar. kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab. Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita, sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, 'kepahitan'nya hanya sesaat, akan tetapi 'kemanisan'nya berpanjangan.dan salah satu rahsia kejayaan peperangan Zaman Nabi dulu adalah sifat kesabaran yang ada pada setiap para pejuang.
Senyum sejenak..(tak sabar)
Satu hari... sebuah kedai kain mengadakan jualan penghabisan stok.. jadi orang ramai berpusu-pusu ingin memasuki kedai tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun kedai tersebut dibuka pada waktu 9.00 pagi.
Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke hadapan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki di depannya menolaknya ke belakang sambil marah...
                “woi..!!” jerkahnya..
                “Sedap-sedap jer nak potong line orang,tak nampak ke orang penat-penat beratur nih!”
Belum sempat lelaki tadi berkata apa-apa,orang-orang yang sudah beratur tolak lelaki itu terus ke belakang sekali hingga terjatuh.Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju ke hadapan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terlentang...setelah beberapa kali cuba untuk kebarisan hadapan  tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah..dia berkata...
                    “Ahhhhh kalau kali ni aku tak dapat jugak ke hadapan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!”
                     Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer...
Dengan keadaan marah lelaki tadi terus balik ke rumah kerana dia tidak tahan rasa kesakitan kerana ditumbuk berkali-kali.dia sanggup kerugian daripada terus dipukul.

Pengajarannya, bersabarlah walau apa juga keadaan=)





No comments:

Post a Comment