Friday, June 18, 2010

Kami Sayang Ayah!!


Ayahandaku❤ !

Hari ini aku coretkan sebuah puisi cantik buatmu wahai sayangku tanda syukur tak terbanding terhadap Ilahi
Kerana kaulah aku lahir di sini..

Ayahandaku ❤!

Usah kau nafikan hak aku sebagai amanah yang mesti kau bela belai dan dijaga.lahirku membuat kau rasa bahagia.mendendangkan iqamah ditelingaku tanda syukur pada Ilahi..

Ayahandaku ❤!

Walaupun terkadang waktu kau sukar menterjemahkan sayang namun reaksi itu sudah aku maklumi berabad lalu andai dalam hati masih tergumpal rasa mesra luahkanlah agar aku tahu sebenarnya kau adalah lelaki terbaik daripada lelaki-lelaki lain!

Ayahandaku ❤!

Engkau adalah legasi seorang khalifah tersohor di muka bumi
Amanah warisan seorang lelaki bernama Adam a.s
Hanya DIA Yang Maha Tahu
Kenapa kelompokmu dipilih memimpin kami!

Ayahandaku❤ !

Mengertilah dikau bahawa sesungguhnya aku amat bangga menjadi anak yang punya binti di hujung nama tanda nama itu amanah penjaga aku menjadi pelengkap di hadapan Ilahi..

Ayahandaku ❤!

Mengertilah bahawa engkaulah lelaki yang sentiasa bertahta di sanubari asbab cinta kasihmu bersama ummi lantas aku pun lahir dewasa di sini kaulah pembimbing awal dan akhir sehingga kekal bersemadi di syurga yang abadi!!

Ayahandaku❤!

Sejak sakitmu bertandang aku hanya mampu melihat tanpa berbuat apa.Bukan aku tidak mahu membantu tapi aku tak sanggup melihat kau menderita kerana hasad dengki manusia.aku hanya mampu berdoa agar kau bersabar menghadapinya dan semoga kau terlepas daripada penderitaan tersebut!

Ayahandaku❤!

Walaupun kau sering bisu seribu bahasa tapi aku dapat rasakan kau sebenarnya ingin ungkapkan kata-kata sayang terhadap kami,anak-anakmu!

Ayahandaku❤!

Ketahuilah ummi dan anak-anakmu ini sangat menyayangimu hingga ke akhir hayat kami.Kau lah guru dan ketua rumah yang terbaik!

Ayahandaku❤!

Andai kata suatu masa nanti aku akan pergi dan dijaga oleh lelaki lain tapi ketahuilah kau tetap lelaki yang aku sanjung.jasamu tidak akan aku lupakan!!!

 ayah dan ummi kami!!!

Terima kasih ayah(Haridan bin Laham) kerana menjaga kami!!!
Daripada kami: Nurul Ashiqin,Nurul Syafiqah,Muhammad Faizzuddin,Muhammad Shahrul Fitri,Nurul Najihah,Muhammad Khairul Izzat,Muhammad Nasrul Afiq.

No comments:

Post a Comment