Monday, September 5, 2011

sepi syawal tanpa ayah tercinta~

Sungguh,

Hati ini sayu meninggalkan bulan ramadhan yang penuh rahmat dan apakah mungkin dapat bertemu lagi ramadhan akan datang? Aku akui sepanjang bulan ramadhan hatiku sangat tenang,tambahan lagi ramadhan kali ini sangat berbeza dengan ramdhan sebelum-sebelum ini..Siapa tak gembira kalau kita dapat menyambut dan beribadah bersama keluarga sepanjang bulan ramadhan..Sebelum ini aku terpaksa mengikut jadual yang hampir setiap hari ada kelas malam di bulan ramadhan..Jadi aku gunakan peluang ini sepenuhnya untuk melakukan ibadah bersama keluargaku..Aku hanya mampu berdoa agar dipanjangkan umur supaya dapat bertemu ramadhan tahun hadapan.


Pemergian ramadhan ditangisi dengan harapan syawal yang bakal menjelma dapat mengembirakan hati ini semula..pagi syawal itu memang aku sangat gembira,pakai baju baru dan dapat bertemu dengan sanak saudara yang kadang kala balik ke kampung..tapi itu semuanya hanya sementara,segala kegembiran aku bertukar kesedihan yang teramat sangat pada 3 syawal sedangkan seluruh muslimin dan muslimat masih dalam mood beraya lagi..

Setiap tahun kami sekeluarga buat rumah terbuka untuk semua sanak saudara,memang ramai yang datang sampai tak terlayan..ummi masak macam2 masa ‘open house kami’,semuanya masak sendiri,rajinkan ummi akuJ 3 syawal cadangnya aku nak beraya ke rumah rakan-rakan aku  tapi hati aku berat sangat nak meninggalkan rumah..tiba-tiba adik aku masuk ke bilik aku ‘kakak,tengok ayah tu’ dengan nada yang sangat cemas,aku terus pergi mendapatkan ayah..alangkah tersentap jantungku ni  bila tiba didepan pintu bilik ayah ‘Ya Allah,drama apakah yang sedang dimainkan?’seperti tidak percaya apa yang sedang aku lihat..


Melihat ayah kaku seperti tidak bernyawa,langkahku makin laju dapatkan ayah,aku peluk erat ayah sambil menangis..adik-adik aku pun peluk ayah,kami macam disampuk menangis teresak-esak sambil memanggil ‘ayah!’ ‘kami sayang ayah’..tangisan kami didengari oleh jiran kami iaitu pakcik2 kami,merekalah yang bantuku menghantar ayah ke hospital..aku call ummi suruh balik rumah kerana pagi itu ummi keluar untuk membeli barang2 untuk ‘open house kami yang ke 2 nanti’ ummi terus ke hospital,setelah pakcik aku memberitahu apa yang terjadi barulah ummi menangis tak berhenti2 disisi suaminya yang tercinta…

Ya Allah,ujian apakah yang  Kau beri kepada kami? Berat sungguh rasanya,hambamu ini tidak mampu menanggungnya..Sungguh,hambamu yang lemah ini tidak kuat..Aku akui,aku punyai segalanya..hidup senang,dilahirkan dalam keluarga yang bahagia..tapi jangan Ya Allah Kau ambil ayah aku kerana kami masih memerlukannya..Aku tidak dapat bayangkan hidup tanpa ayah..setiap hari aku mendoakan kesejahteraan ayah..

‘Ayah,nurul tak nak kemewahan yang ayah ada tapi nurul nak kasih sayang ayah,nurul nak AYAH!!’

Jangan pernah cakap lagi ayah nak tinggalkan kami…




Ya Allah,sembuhkan ayah aku..jangan Kau sakiti dia lagi kerana aku tak mampu melihat dia menanggung kesakitan sebegitu rupa..bantulah ayahku..Kau Maha Penyayang dan Maha Pengampun..Ampunkan dosa-dosa kami..Ameen..

AYAH,NURUL SAYANG AYAH!!!  ;(

Wednesday, August 10, 2011

marhaban ya ramadhan~


Ramadhan kembali..



“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Monday, July 18, 2011

mentari hidup~

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran

Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi

Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman

Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan


Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali



Lagu : Khairuddin
Lirik : Khairuddin
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd
S.P. : BMG Music Publishing


sayu hati ini dengar lagu nih..macam ada mengena je dengan diri ini..

Friday, July 1, 2011

Surat Cinta~


30/6/2011, kelasku buat majlis iftar bersama..bukan setakat itu sahaja,ditambah lagi dengan aktiviti2 yang menarik.salah satunya aktiviti ‘komen mengomen’ kawan2. .Bernas sungguh idea ajk aktiviti pada malam itu untuk adakan aktiviti seperti ini..saya rasa semua orang seronok cuma bila terlalu jujur mesti ada yang akan kecil hati dan orang itu termasuklah diri ini..Jangan risau,saya tak marah cuma kecil hati sedikit jer..tak apa ,saya cepat pulih..
Saya sebenarnya terpanggil untuk menjawab atau respon dengan komen2 yang saya dapat pada malam itu walaupun saya tak tahu daripada siapa tapi yang pastinya daripada kawan2 baik saya.


  1. 1.   Anda perlu kuat dalam menghadapi dugaan dan cabaran.
-Terima kasih banyak kerana komen anda memberi saya sedikit semangat untuk teruskan perjuangan ini.


  1. 2.   JAGA HATI,JANGAN CEPAT CAIR.
-Maaflah kepada saudara/ri yang memberi komen ini,saya tak faham maksud yang sebenarnya yang anda ingin sampaikan.


  1. 3.   Kadang2,cam cepat ‘panas’ tapi sgt memahami kwn.fleksible dgn semua org.
-Firstly, saya nak minta maaf kepada saudara/ri yang bagi komen ini. Mungkin sewaktu kita bersama anda terasa atau kecil hati dengan diri ini tanpa saya sedari. Saya faham maksud anda ‘kadang2’ itu. Saya akui perangai saya pelik sedikit,kadang2 cepat marah,kadang2 tetibe xde mood,kadang2 terlebih berlemah-lembut,kadang2 berlawak tak bertempat,kadang2 terkasar,kadang2 malu tak bertempat tapi saya tak sedar bberlaku pada siapa dan bila. Jadi saya nak minta maaf pada anda dan semua orang. Maafkan saya.


  1. 4.   Boleh aktif tapi jangan lupa keje yang lain,kekalkan prestasi.
-Saya sedar salah saya. Saya terlalu sibuk dengan aktiviti luar sampai lupa tanggungjawab saya untuk kamu semua. Terima kasih saudara/ri yang menegur. Saya minta maaf sekali lagi.


  1. 5.   Ekin,perlu lebih tegas dan komitmen dengan sesuatu tugas.
-Saya minta maaf sekali lagi kerana tak memberi komitmen dengan tugas yang diamanahkan kepada saya….tegas??? anda rasa saya terlalu lembut ker?=)hehe..


  1. 6.   Teruskan tarbiyyah,ukhtie mahbubah:sinar islam perlu digapai dengan usaha dan doa.
-syukran ya ukhtie..Insya’Allah=)


  1. 7.   Senyum selalu…Awak cute..
-Wah…kamu! Perli  ye=P kalau kamu ikhlas,terima kasih=)


  1. 8.   Be better…Gud Luck.
-Insya’Allah=) U too…




   9. Don’t be hipokrite.
-Honestly, bila terbaca komen ini saya macam baru tersusuk panah..aduh,sakit yer! Tapi lama2 saya saya dapat terima. Minta maaflah pada yang komen ini sebab hipokrit saya telah menyakitkan hati dan mata kamu. Bukan saya buat2, apa yang kamu lihat,kamu dengar dan kamu rasa itulah saya sebenarnya. Saya hidup,bebas bergerak,punyai perasaan dan bukan macam barang yang kaku dan boleh disimpan dan dijaga rapi. Saya seolah2 macam lalang,ikut ke mana angin bertiup ianya akan ikut, sampai masa ianya tidak dapat bertahan maka tercabut dan terbang kemana sahaja. I try to be a good person but at the same time I want to be myself. Mungkin ini yang menyebabkan anda komen saya begini rupa. Bagilah saya sedikit masa untuk menghilangkan kekeliruan ini. Peganglah saya supaya saya tidak jauh terbang daripada landasan yang sebenarnya.




     10. Besarnya kete..nak tumpang??!!
-Buat pengetahuan kamu,itu kereta pinjam jer. Saya tak mampu nak milikinya.. kalau la kereta tu saya yang punya, boleh jer saya tumpangkan kamu selalu=P


    11.sempoi..bes..
-sempoi ker?sepoi jer=P


Ini jelah komen2 yang saya dapat untuk malam itu. Bila saya catat,saya akan ingat selalu saya harap masa akan datang saya dapat dengar komen kamu semua terutama sekali kawan2 yang rapat dengan saya. Terima kasih banyak kepada kamu yang sudi menulis komen2 itu untuk saya..Last sekali,saya minta maaf kalau penulisan kali ini ada yang menyakitkan hati atau tersinggung mana2 pihak..sorry..huhu

Saturday, February 19, 2011

pesanan buatmu~



Jika ditanya siapa yang kau cintai,
katakan lah, ALLAH.



Jika ditanya siapa yang kau cintai,
katakan lah, NABI MUHAMMAD SAW.



Jika ditanya siapa yang kau cintai,
katakan lah, UMMI.
Jika ditanya siapa yang kau cintai,
katakan lah, AYAH.




Jika kau ditanya soalan yang sama,
katakan lah, saudara-maraku.

Wednesday, February 2, 2011

Wanita merisik calon suami

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" (Surah An-Nur, 24:26)


Wanita berhak memilih calon suaminya. Kerana wanita juga mengimpikan sebuah keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah. Wanita juga berhak menilai lelaki yang mendatangi mereka untuk dijadikan suami dan pemimpin keluarga.

Setelah mendengar sebuah kisah dahulu kala yang berlaku pada seorang wanita di Tanah Arab oleh Dato’ Ustazah Nor Bahyah saya tertarik lalu menulis kembali kisah tersebut dalam blog saya.
Nama gadis ini ialah Mawiyah binti Afzar, berketerunan bangsawan dan rupawan.Pada suatu hari, Mawiyah didatangi tiga orang lelaki hartawan yang ingin melamarnya sebagai isteri. Semua lelaki-lelaki itu nampak hebat-hebat belaka. Namun, kebijaksanaan Mawiyah membuatkan beliau tidak terus memilih . Sebaliknya, Mawiyah mengatur strategi dengan menyamar sebagai pengemis tua yang hodoh. Mawiyah datang ke rumah lelaki pertama daripada suku Nabit dan meminta sedekah kerana kelaparan. Lelaki itu memandangnya dengan rasa jijik lalu menyerahkan tulang-tulang unta kepada Mawiyah. Mawiyah mendatangi rumah lelaki kedua daripada suku Nabighah. Mawiyah diberikan saki-baki ekor unta yang ada . Mawiyah mendatangi yang ketiga yang bernama Hatim. Apabila melihat pengemis itu , Hatim segera memberikan daging unta yang terbaik. Selepas menerima ketiga-tiga buah tangan tersebut, Mawiyah terus pulang ke rumah. Mawiyah memanggil ketiga-tiga lelaki tersebut ke rumahnya. Mawiyah meminta ketiga-tiga lelaki tersebut mencipta sebuah syair untuk diperdengarkan kepadanya. Lelaki pertama membacakan puisinya. Puisi ciptaannya kosong tidak mengandungi apa-apa maksud. Kandungan puisi lelaki kedua pula, asyik memuji diri sendiri. Hatim pula telah menghasilkan puisi yang melambangkan akhlak dan kata-kata nasihat.
Selesai fasa ujian tersebut, Mawiyah telah mengarahkan khadamnya membawa hidangan sup yang berbeza hasil daripada penyamarannya sebagai pengemis. Lelaki pertama mendapat hidangan sup tulang unta , sup ekor unta untuk lelaki kedua dan sup daging untuk Hatim. Betapa malunya mereka apabila mengetahui pengemis tua itu adalah Mawiyah. Di antara ketiga-tiga lelaki itu, Hatimlah yang terpilih dan pinangannya diterima oleh Mawiyah kerana akhlaknya.

Sunday, January 30, 2011

mengumpat~

Dah lama rasa yer tak update blog saya nih.maaf, sebulan yang lalu notebook saya dihantar ke ‘hospital komputer’ gara-gara sakit yang amat teruk hingga di masukkan ke ICU sampai sekarang tak keluar2 lagi. Itulah dia,seperti kita,ada masa kita sihat ada masa kita sakit. Kadang2 dia seolah-olah seperti ada perasaan macam kita yang ingin dijaga seperti menantang minyak yang penuh, dimanja, dan disayangi. Saya memang sayang dia tapi mungkin saya tak jaga dia sebaiknya...waaa, rindu kat PINKY (my notebook)...Ok, lupa sekejap pasal PINKY...saya nak cerita tentang apa yang kawan saya mengadu pada saya baru2 nih..




Asal ada masalah je dia akan cari saya. Sebagai kawan, saya akan tolong. Sama seperti dia, dia sentiasa ada di sisi bila saya ada ‘problem’ sebab kami saling melengkapi dan sahabat paling dekat antara sahabat2 saya yang ada di dunia nih..
Dia tanya saya, kenapa orang suka mengumpat terutama sekali orang perempuan? Mengumpat tak kira tempat, kadang2 tu tepi jalan pun boleh mengumpat. Dia cakap kalau orang buat salah Tuhan bagi ‘cash’ time tu juga. Buktinya dia sendiri dah kena. Tengah mengata orang lain bawa motor laju sampai tak sempat nak ‘brek’ hingga diri sendiri terjatuh dalam longkang. Kalau dengar memang agak kelakar. Dia kata masa jatuh tu dia gelak sebab tahu salah dia dan dalam masa yang sama air mata dia mengalir sebab terasa sakit dikaki. Nasib baik masih ada rakan2 yang baik hati ingin membantu.  Nak kata teruk tak lah sangat tapi saya dan kawan2 yang lain ngeri juga tengok luka dia. Tambah sakit lagi bila baru je melangkah ke dalam klinik , terdengar nurse yang jaga kaunter tu sedang mengumpat pasal orang lain dengan rakan sekerjanya. Walaupun  dia dah keluar daripada pemeriksaan doktor,  nurse tadi still dengan kerja tambahannya. Bila nak bagi ubat pun duk sambung bercerita pasal si polan si polan sampaikan tersalah bagi ubat. Sakit dia dikaki tapi bagi ubat gastrik..ish3,parah la kalau semua pekerja macam nurse tadi..bukan ley earn profit tapi hari2 earn dosa.
Saya cakap kat dia, lain kali berhati-hati semasa jalan. Baguslah dia dah sedar kesalahan dia tapi bagaimana dengan nurse tadi?.........................




Untuk dia dan my PINKY: semoga cepat sembuh=)
                               


                                              DAN




Nasihat untuk saya dan rakan2 yang lain,janganlah suka MENGATA orang lain. Jauhi  mengumpat!