Sungguh,
Hati ini sayu meninggalkan bulan ramadhan yang penuh rahmat dan apakah mungkin dapat bertemu lagi ramadhan akan datang? Aku akui sepanjang bulan ramadhan hatiku sangat tenang,tambahan lagi ramadhan kali ini sangat berbeza dengan ramdhan sebelum-sebelum ini..Siapa tak gembira kalau kita dapat menyambut dan beribadah bersama keluarga sepanjang bulan ramadhan..Sebelum ini aku terpaksa mengikut jadual yang hampir setiap hari ada kelas malam di bulan ramadhan..Jadi aku gunakan peluang ini sepenuhnya untuk melakukan ibadah bersama keluargaku..Aku hanya mampu berdoa agar dipanjangkan umur supaya dapat bertemu ramadhan tahun hadapan.
Pemergian ramadhan ditangisi dengan harapan syawal yang bakal menjelma dapat mengembirakan hati ini semula..pagi syawal itu memang aku sangat gembira,pakai baju baru dan dapat bertemu dengan sanak saudara yang kadang kala balik ke kampung..tapi itu semuanya hanya sementara,segala kegembiran aku bertukar kesedihan yang teramat sangat pada 3 syawal sedangkan seluruh muslimin dan muslimat masih dalam mood beraya lagi..
Setiap tahun kami sekeluarga buat rumah terbuka untuk semua sanak saudara,memang ramai yang datang sampai tak terlayan..ummi masak macam2 masa ‘open house kami’,semuanya masak sendiri,rajinkan ummi akuJ 3 syawal cadangnya aku nak beraya ke rumah rakan-rakan aku tapi hati aku berat sangat nak meninggalkan rumah..tiba-tiba adik aku masuk ke bilik aku ‘kakak,tengok ayah tu’ dengan nada yang sangat cemas,aku terus pergi mendapatkan ayah..alangkah tersentap jantungku ni bila tiba didepan pintu bilik ayah ‘Ya Allah,drama apakah yang sedang dimainkan?’seperti tidak percaya apa yang sedang aku lihat..
Melihat ayah kaku seperti tidak bernyawa,langkahku makin laju dapatkan ayah,aku peluk erat ayah sambil menangis..adik-adik aku pun peluk ayah,kami macam disampuk menangis teresak-esak sambil memanggil ‘ayah!’ ‘kami sayang ayah’..tangisan kami didengari oleh jiran kami iaitu pakcik2 kami,merekalah yang bantuku menghantar ayah ke hospital..aku call ummi suruh balik rumah kerana pagi itu ummi keluar untuk membeli barang2 untuk ‘open house kami yang ke 2 nanti’ ummi terus ke hospital,setelah pakcik aku memberitahu apa yang terjadi barulah ummi menangis tak berhenti2 disisi suaminya yang tercinta…
Ya Allah,ujian apakah yang Kau beri kepada kami? Berat sungguh rasanya,hambamu ini tidak mampu menanggungnya..Sungguh,hambamu yang lemah ini tidak kuat..Aku akui,aku punyai segalanya..hidup senang,dilahirkan dalam keluarga yang bahagia..tapi jangan Ya Allah Kau ambil ayah aku kerana kami masih memerlukannya..Aku tidak dapat bayangkan hidup tanpa ayah..setiap hari aku mendoakan kesejahteraan ayah..
‘Ayah,nurul tak nak kemewahan yang ayah ada tapi nurul nak kasih sayang ayah,nurul nak AYAH!!’
Ya Allah,sembuhkan ayah aku..jangan Kau sakiti dia lagi kerana aku tak mampu melihat dia menanggung kesakitan sebegitu rupa..bantulah ayahku..Kau Maha Penyayang dan Maha Pengampun..Ampunkan dosa-dosa kami..Ameen..
AYAH,NURUL SAYANG AYAH!!! ;(
Assalamualaikum..
ReplyDeleteTerkejut dengan berita keadaan pakcik sekarang.. harapnya tidak apa-apa dan nurul, makji n keluarga harap bersabar..
"Ya Allh, berilah ketabahan kepada mereka, moga2 tiada apa-apa yang serius berlaku" amin
Waalaikumusalam.
ReplyDeletealhamdulillah,pakcik smkin stabil skrg tp msih xbleh keluar wad lg..
kami sekeluarga sgt memerlukan sokongan semua org slpas apa yg terjd.
kami sntiasa berdoa agar apa yg telah terjd ini ada hikmah sebaliknya..
syukran,Aid..
syafakallah untuk ayh ikin..
ReplyDeletemoga cpt sembuh
everything become more valuable if we know its value and apreciate it...^_^
ReplyDeletehope ur father getting well soon...^_^