Saat orang sedang bergembira berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan di rumah,
Aku masih di sini…
Hanya berbekalkan gula-gula,
Dan masih berharap pada sesuatu dengan sabar,
Sabar dan sabar dan tetap bersabar,
Tapi pada hakikatnya aku sudah tak sabar,
Baru sekarang aku membenarkan kata-kata juniorku minggu lalu,
“Betul kak,sejak masuk sini,sabar yang dulunya setinggi busut sekarang sudah setinggi gunung”,
Hari ini betul-betul menguji kesabaran setinggi tahap sampai bilaku sendiri tidak boleh tahan,
Masaku terbuang dengan menunggu,
Segalanya tertangguh dan tertinggal,
Tawar hatiku,
Kerana aku masih di sini….
Aku berkata apa yang betul,
Bukan mengeluh tapi ini adalah hakikat,
Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Kerana aku masih di sini….
Aku tetap setia menunggu tanpa seorang teman,
Menunggu waktu,membilang setiap saat dan jam,
Mengisi dengan luahan perasaan yang terpendam,
Namun sedikit demi sedikit sakit hatiku yang tadi berkurangan,
Selepas tersedar bahawa ini adalah ujian dibulan Ramadhan untukku,
Ya Allah jadikan lah aku seorang yang sabar,
Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.
No comments:
Post a Comment