Thursday, August 26, 2010

Aku masih disini…….Bas oh bas…

-->
Saat orang sedang bergembira berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan di rumah,
Aku masih di sini…
Hanya berbekalkan gula-gula,
Dan masih berharap pada sesuatu dengan sabar,
Sabar dan sabar dan tetap bersabar,
Tapi pada hakikatnya aku sudah tak sabar,
Baru sekarang aku membenarkan kata-kata juniorku minggu lalu,
“Betul kak,sejak masuk sini,sabar yang dulunya setinggi busut sekarang sudah setinggi gunung”,
Hari ini betul-betul menguji kesabaran setinggi tahap sampai bilaku sendiri tidak boleh tahan,
Masaku terbuang dengan menunggu,
Segalanya tertangguh dan tertinggal,
Tawar hatiku,
Kerana aku masih di sini….
Aku berkata apa yang betul,
Bukan mengeluh tapi ini adalah hakikat,
Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Kerana aku masih di sini….
Aku tetap setia menunggu tanpa seorang teman,
Menunggu waktu,membilang setiap saat dan jam,
Mengisi dengan luahan perasaan yang terpendam,
Namun sedikit demi sedikit sakit hatiku yang tadi berkurangan,
Selepas tersedar bahawa ini adalah ujian dibulan Ramadhan untukku,
Ya Allah jadikan lah aku seorang yang sabar,
Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.



Wednesday, August 25, 2010

Lucu.......

-->
Lucunya………….
Orang zaman sekarang…
-->
Pergi masjid bawak RM2 je untuk menderma(itupun dah rasa cukup banyak)…Tapi pergi shopping complex bawak RM200(itupun rasa tak cukup sebab macam2 nak beli)
-->
Orang zaman sekarang……
Rasa macam payah nak baca 20 muka surat Al-Quran(2 muka surat ok lah daripada tak baca)….Tapi rasa seronok sangat untuk menghabiskan 200 muka surat sebuah novel cinta dalam masa satu hari(sambil menghayati lagi isi kandungannya,baca boleh nangis,ketawa sorang2)
-->
Orang zaman sekarang….
Rasa macam lama sangat kalau nak menghabiskan 1 jam dengan mendengar ceramah agama(pergi majlis agama tapi asyik2 mengantuk.last2 balik tak dapat apa2,kenyang tidur jew)……Tapi tak kisah sangat kalau tengok wayang selama 2 jam(khusyuk sampai tak sedar tertinggal waktu solat)
-->
Orang zaman sekarang….
-->
Hormat orang tua,baik,sopan depan mak ayah(pijak semut pun tak mati)…..Tapi belakang mereka mula tunjuk belang(boleh amik alih kerja syaitan tu sure lulus!)
-->
Orang zaman sekarang….
                                                         




  Dulu anak sebagai penyeri hidup bagi setiap pasangan,anak dijaga dengan penuh kasih sayang TAPI zaman sekarang????????
Adakah perkara-perkara tersebut suatu yang lucu bagi kita???jadi kenapa perlu tersenyum sambil baca,adakah anda terasa???kalau tidak,baguslah..tapi kalau betul,pikir2kan lah...berubahlah sebelum terlambat...ini adalah pesanan untuk rakan2 terutama sekali untuk saya sendiri...
silap kata@terkasar bahasa saya minta maaf...maafkan ye=)








Saturday, August 7, 2010

jom kejar kebahagian!


Aishah berkata dengan maksud:
“Rasulullah berpuasa hingga kami menyangka baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangka baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan bulan Syabban”-Hadis Riwayat Al-Bukhari.

Sedar tidak sedar,bulan Ramadhan semakin hampir.
Ini juga bermakna kita diwajibkan berpuasa sebagai umat Islam.
Urmm…cuba pikir sejenak,adakah jauh di sudut hati kalian menerima Ramadhan dengan rasa bersyukur atau mengeluh???
Adakah terdetik di hati kita “ala,kejap je nak kena puasa?”…rasa lemah jelah nanti,lapar sebab tak dapat makan,rasa penat dan tak bermaya,kena pergi class siang dan malam lagi…alahai…..bla..bla..bla…
Adakah anda niat berpuasa ini semata-mata untuk jimat???
Kalau ada terdetik di hati kita seperti di atas,cepat-cepatlah kita pulang ke pangkal jalan dan betulkan niat kita.
Sepatutnya,kita fikir macam mana nak kumpul pahala sebanyak yang mungkin di bulan Ramadhan nanti bukannya mengeluh.
·         Teman: Malas betul nak bangun sahur,kalau tak sahur takpa kan?”
·         Sahabat: “Ish,kenapa tak nak rebut pahala?Bersahurkan sunat,dapat pahala.”

Seperti mana yang kita tahu,bulan Ramadhan cuma datang sekali setahun je.jadi kenapa perlu melepaskan peluang keemasan ini?adakah kita tahu,kita akan dapat menyambut Ramdhan pada tahun hadapan?mungkin ini Ramdhan yang terakhir untuk kita atau mungkin tidak.jadi rebutlah selagi ada peluang. Wallahualam.


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN…