Sunday, January 30, 2011

mengumpat~

Dah lama rasa yer tak update blog saya nih.maaf, sebulan yang lalu notebook saya dihantar ke ‘hospital komputer’ gara-gara sakit yang amat teruk hingga di masukkan ke ICU sampai sekarang tak keluar2 lagi. Itulah dia,seperti kita,ada masa kita sihat ada masa kita sakit. Kadang2 dia seolah-olah seperti ada perasaan macam kita yang ingin dijaga seperti menantang minyak yang penuh, dimanja, dan disayangi. Saya memang sayang dia tapi mungkin saya tak jaga dia sebaiknya...waaa, rindu kat PINKY (my notebook)...Ok, lupa sekejap pasal PINKY...saya nak cerita tentang apa yang kawan saya mengadu pada saya baru2 nih..




Asal ada masalah je dia akan cari saya. Sebagai kawan, saya akan tolong. Sama seperti dia, dia sentiasa ada di sisi bila saya ada ‘problem’ sebab kami saling melengkapi dan sahabat paling dekat antara sahabat2 saya yang ada di dunia nih..
Dia tanya saya, kenapa orang suka mengumpat terutama sekali orang perempuan? Mengumpat tak kira tempat, kadang2 tu tepi jalan pun boleh mengumpat. Dia cakap kalau orang buat salah Tuhan bagi ‘cash’ time tu juga. Buktinya dia sendiri dah kena. Tengah mengata orang lain bawa motor laju sampai tak sempat nak ‘brek’ hingga diri sendiri terjatuh dalam longkang. Kalau dengar memang agak kelakar. Dia kata masa jatuh tu dia gelak sebab tahu salah dia dan dalam masa yang sama air mata dia mengalir sebab terasa sakit dikaki. Nasib baik masih ada rakan2 yang baik hati ingin membantu.  Nak kata teruk tak lah sangat tapi saya dan kawan2 yang lain ngeri juga tengok luka dia. Tambah sakit lagi bila baru je melangkah ke dalam klinik , terdengar nurse yang jaga kaunter tu sedang mengumpat pasal orang lain dengan rakan sekerjanya. Walaupun  dia dah keluar daripada pemeriksaan doktor,  nurse tadi still dengan kerja tambahannya. Bila nak bagi ubat pun duk sambung bercerita pasal si polan si polan sampaikan tersalah bagi ubat. Sakit dia dikaki tapi bagi ubat gastrik..ish3,parah la kalau semua pekerja macam nurse tadi..bukan ley earn profit tapi hari2 earn dosa.
Saya cakap kat dia, lain kali berhati-hati semasa jalan. Baguslah dia dah sedar kesalahan dia tapi bagaimana dengan nurse tadi?.........................




Untuk dia dan my PINKY: semoga cepat sembuh=)
                               


                                              DAN




Nasihat untuk saya dan rakan2 yang lain,janganlah suka MENGATA orang lain. Jauhi  mengumpat!


No comments:

Post a Comment