30/6/2011, kelasku buat majlis iftar bersama..bukan setakat itu sahaja,ditambah lagi dengan aktiviti2 yang menarik.salah satunya aktiviti ‘komen mengomen’ kawan2. .Bernas sungguh idea ajk aktiviti pada malam itu untuk adakan aktiviti seperti ini..saya rasa semua orang seronok cuma bila terlalu jujur mesti ada yang akan kecil hati dan orang itu termasuklah diri ini..Jangan risau,saya tak marah cuma kecil hati sedikit jer..tak apa ,saya cepat pulih..
Saya sebenarnya terpanggil untuk menjawab atau respon dengan komen2 yang saya dapat pada malam itu walaupun saya tak tahu daripada siapa tapi yang pastinya daripada kawan2 baik saya.
- 1. Anda perlu kuat dalam menghadapi dugaan dan cabaran.
-Terima kasih banyak kerana komen anda memberi saya sedikit semangat untuk teruskan perjuangan ini.
- 2. JAGA HATI,JANGAN CEPAT CAIR.
-Maaflah kepada saudara/ri yang memberi komen ini,saya tak faham maksud yang sebenarnya yang anda ingin sampaikan.
- 3. Kadang2,cam cepat ‘panas’ tapi sgt memahami kwn.fleksible dgn semua org.
-Firstly, saya nak minta maaf kepada saudara/ri yang bagi komen ini. Mungkin sewaktu kita bersama anda terasa atau kecil hati dengan diri ini tanpa saya sedari. Saya faham maksud anda ‘kadang2’ itu. Saya akui perangai saya pelik sedikit,kadang2 cepat marah,kadang2 tetibe xde mood,kadang2 terlebih berlemah-lembut,kadang2 berlawak tak bertempat,kadang2 terkasar,kadang2 malu tak bertempat tapi saya tak sedar bberlaku pada siapa dan bila. Jadi saya nak minta maaf pada anda dan semua orang. Maafkan saya.
- 4. Boleh aktif tapi jangan lupa keje yang lain,kekalkan prestasi.
-Saya sedar salah saya. Saya terlalu sibuk dengan aktiviti luar sampai lupa tanggungjawab saya untuk kamu semua. Terima kasih saudara/ri yang menegur. Saya minta maaf sekali lagi.
- 5. Ekin,perlu lebih tegas dan komitmen dengan sesuatu tugas.
-Saya minta maaf sekali lagi kerana tak memberi komitmen dengan tugas yang diamanahkan kepada saya….tegas??? anda rasa saya terlalu lembut ker?=)hehe..
- 6. Teruskan tarbiyyah,ukhtie mahbubah:sinar islam perlu digapai dengan usaha dan doa.
-syukran ya ukhtie..Insya’Allah=)
- 7. Senyum selalu…Awak cute..
-Wah…kamu! Perli ye=P kalau kamu ikhlas,terima kasih=)
- 8. Be better…Gud Luck.
-Insya’Allah=) U too…
9. Don’t be hipokrite.
9. Don’t be hipokrite.
-Honestly, bila terbaca komen ini saya macam baru tersusuk panah..aduh,sakit yer! Tapi lama2 saya saya dapat terima. Minta maaflah pada yang komen ini sebab hipokrit saya telah menyakitkan hati dan mata kamu. Bukan saya buat2, apa yang kamu lihat,kamu dengar dan kamu rasa itulah saya sebenarnya. Saya hidup,bebas bergerak,punyai perasaan dan bukan macam barang yang kaku dan boleh disimpan dan dijaga rapi. Saya seolah2 macam lalang,ikut ke mana angin bertiup ianya akan ikut, sampai masa ianya tidak dapat bertahan maka tercabut dan terbang kemana sahaja. I try to be a good person but at the same time I want to be myself. Mungkin ini yang menyebabkan anda komen saya begini rupa. Bagilah saya sedikit masa untuk menghilangkan kekeliruan ini. Peganglah saya supaya saya tidak jauh terbang daripada landasan yang sebenarnya.
10. Besarnya kete..nak tumpang??!!
10. Besarnya kete..nak tumpang??!!
-Buat pengetahuan kamu,itu kereta pinjam jer. Saya tak mampu nak milikinya.. kalau la kereta tu saya yang punya, boleh jer saya tumpangkan kamu selalu=P
11.sempoi..bes..
-sempoi ker?sepoi jer=P
11.sempoi..bes..
-sempoi ker?sepoi jer=P
Ini jelah komen2 yang saya dapat untuk malam itu. Bila saya catat,saya akan ingat selalu saya harap masa akan datang saya dapat dengar komen kamu semua terutama sekali kawan2 yang rapat dengan saya. Terima kasih banyak kepada kamu yang sudi menulis komen2 itu untuk saya..Last sekali,saya minta maaf kalau penulisan kali ini ada yang menyakitkan hati atau tersinggung mana2 pihak..sorry..huhu
sorry kwn2 kalau ada yg terasa...
ReplyDeleteterasa nih :P
Deleteea? ambil pengajaran ea... ;p
Delete