Tuesday, June 1, 2010

Terlampau Banyak Tanya


Salah ker kalau bertanya????kalau xbertanya nanti macam pepatah nih ‘malu bertanya sesat jalan’…saya xder kata salah pon kalau bertanya..bertanya tu memang digalakan tapi bertanya soalan yg macam mana???kalau banyak sangat tanya susah nanti,orang yg ditanya rasa geram dan orang yg bertanya sia2 je bertanya…percayalah! Kalau xpercaya cuba baca dialog kat bawah nih…..


* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:

"Tunggu bas ke?"

Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu

helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:

"Ko nak mandi ke?"

Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang

kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:

"Aik? tulis surat nampak?"

Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan

aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:

"Makan nasik?"

Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku

tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:

"Baru balik dari keje?"

Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi

keje lah nie...opis saya dah pindah kat

rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:

"Eh kau sibuk ke?"

Jawab : Tak yah jawab, peratikan muker dia

pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:

"Eh citer melayu ke?"

Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro

menentang Raksaser dari Planet X...ko

tunggu jap nanti otromen kuar".

Dah percaya???kalau xpercaya lagi..saya ada bukti selain daripada dialog kat atas tu…

Asalnya Nabi Musa a.s berkata kepada kaumnya bahawa Allah menyuruh mereka agar menyembelih seekor lembu betina.

Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih lembu betina.” Mereka berkata “Adakah engkau hendak menjadikan kami permainan?” Nabi Musa menjawab, “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil(yang melakukan sesuatu yang tidak patuh).” (Surah al-Baqarah,67)

Disebut perkataan baqaratan iaitu Kata Nama Am.Ertinya sembelihlah mana2 lembu betina.Tapi oleh kerana Bani Israeel nih banyak bertanya.mereka minta Nabi Musa agar meminta kepada Allah supaya diterangkan kepada mereka sifat lembu yang macam mana perlu disembelih.

Firman Allah yang bermaksud:Mereka berkata, “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami supaya diterangkan kepada kami bagaimana(sifat) lembu itu?”(Surah al-Baqarah,68)

Lalu Allah dengan sifat pemurah dan penyayang pun menerangkan permintaan hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:Nabi Musa menjawab, “Bahawanya Allah berfirman, bahawa(lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda,pertengahan(umurnya) di antara itu.Maka kerjakanlah apa yang telah diperintahkan kepada kamu(melakukannya).” (Surah al-Baqarah,68)

Mereka xpuas hati lagi.mereka tanya pula perihal warna lembu untuk disembelih.apalah,sembelih ajelah lembu yg hitam ke putih ke merah ke.

Firman Allah yang bermaksud:Mereka berkata lagi, “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami,supaya diterangkan kepada kami apa warnanya?”Nabi Musa, “Bahawasanya Allah berfirman,bahawa(lembu betina)itu ialah seekor lembu kuning,kuning tua warnanya lagi menyukarkan orang-orang yang melihatnya.” (Surah al-Baqarah,69)

Apabila Allah sudah beri warna khusus macam warna kuning tadi, maka semakin susahlah hendak mencarinya berbanding kalau umum warnanya.tak pasal2 jadi bingung pulak.

Firman Allah yang bermaksud: Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami(susah kami memilihnya).” (Surah al-Baqarah,70)

Kerana sudah susah sangat hendak pilih selepas mereka bertanya lembu yang mana satu,maka Nabi Musa pun berkatanya yang sebenarnya.

Firman Allah yang bermaksud: Nabi Musa menjawab, “Bahawasanya Allah berfirman,sebenarnya(lembu yang hendak dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk menbajak tanah(sawah bendang), dan tidak pula(digunakan untuk mengangkut air) untuk menjirus tanaman,ia pula tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya.”

Meraka berkata, “Sekarang barulah engkau(dapat) menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar.”Maka mereka pun menyembelih lembu tersebut dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan(perintah Allah) itu.” (Surah al-Baqarah,71)

Urmmm..punyalah susah hendak mencari lembu yang bersifat terperinci macam ini sehinggalah dikatakan hampir-hampir mereka tidak menunaikan perintah Allah ini untuk menyembelihnya.Apa sudah jadi???Sebab apa perkara yang sepatutnya mudah akhirnya menjadi sukar?? Ingat itu semua…banyak bertanya kadang2 boleh jadi masalah.kalau mula2 tadi terus sembelih,abes cerita..kerana banyak tanya menjadi sulit pula..

Bertanyalah sesuatu yang memberi manfaat.jangan bertanya pada perkara yang tidak sepatutnya.bertanyalah untuk mendapat panduan bukan merumitkan..maka renung2kanlah wahai kawan2…

No comments:

Post a Comment