Kita sebenarnya..........
Lebih suka sambut 1 Januari daripada 1 Muharram,
Pesta new year la konon,
Setahun sekali katanya.
Kita sebenarnya..........
Lebih suka dengar lagu-lagu yang melalaikan,
Daripada dengar azan berkumandang,
Katanya tak rock lah apa lah,
Macam-macamlah.
Kita sebenarnya..........
Lebih suka pergi jalan-jalan,
Daripada pergi masjid,
Katanya tak bestlah,bosan.
Kita sebenarnya..........
Lebih suka mengata orang,
Daripada memuji orang,
Katanya nak buat apa puji dia,
Nanti kembang bermangkuk-mangkuk.
Kita sebenarnya..........
Lebih suka membaca novel,
Daripada baca Al-Quran,
Katanya,alahh..tak menyentuh perasaan.
Kita sebenarnya..........
Lebih mengenali artis-artis,
Daripada mengenali nama nabi-nabi,
Katanya,dulu cikgu ada ajar tapi dah lupa.
Kita sebenarnya.........
Lebih suka meminta daripada memberi,
Dan apabila ditanya arah tuju kita selepas mati,
Ke syurga jawapannya.
Renung-renungkan dan selamat beramal..(eh2,korang pernah dengar ayat camnie??) =)
No comments:
Post a Comment