Tuesday, May 25, 2010

Apabila bunga kertas bertukar mawar berduri


--> -->
“Myra(bukn nme sbnr),apa yg buat ko berubah smpai jd cm gini?” ramai yg tanya soalan nih kt Myra..salah ke kalau berubah??mula2 org pikir Myra saja je pakai tudung labuh,maybe saja nk mencuba padahal dyeorg xtahu yg Myra nih da lama bebeno nk pkai tdung labuh..bukan dia nk bajet baik tp dia dah sedar apa itu aurat dan kenapa mesti tutup aurat..kalau setakat mencuba tu memang dah byk kali..kena paksa pakai tudung labuh pon pernah....itu zaman sekolah dolu2….
Setahun di Sekolah Menengah Agama(SMA)
“Ummi,labuh yer tdung yg ummi wt tu..Myra xnk la pkai,rimas la.”.
“Xpelah,Myra cbe pkai dlu..mst cntik..lgpon mmg da nih syarat sekolah tu”.
Ari2 Myra pakai je tudung labuh tu ke sekolah..yela nk potong tudung tu nanti Myra xpndai nk lilin semula..agpon baru Form 1 xkan nk buat jahat an..
2 tahun di Sekolah Menangah Kebangsaan(SMK)
Myra suruh ummi beli tudung sekolah yg bru..pastu ummi cakap,tudung sekolah yg ada kt kedai tu pendek2..urmm..nk x nk kena la Myra pkai tudung yg lama tu..cuma dia minta tudung tu dipotong pendek sedikit..dalam class Myra xramai yg pakai tudung labuh..yg xpkai tdung pon ada..yelaa sekolah harian..huhu..tetapi Myra masih xterpengaruh dengan budak2 yg xpakai tudung..
“Alhmdulillah,auratku terjaga”.bisik hati Myra.
2 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA)
Kena pakai tudung labuh lagi! Ishhh! Myra asyik mengeluh je..Myra pakai je tudung yg telah dipendekan.sudah 3 kali Myra kena tegur dengan guru disiplin,suruh Myra tukar tudung lain..nasib baik xkena denda..“nnt saya tukar”kata Myra pada cikgu disiplin..lepas 3 kali ditegur dia larikan diri setiap kali nampak guru disiplin.last2,sampai Myra habis sekolah pon xtukar tudung lagi labuh..Myra terer bab2 buat kesalahan kecil2 nih,mcm fly hostel ke x g prep ke..Myra g prep malam pon pkai tudung pendek macam budak sekolah biasa..ada juga kawan2 tegur tetapi Myra buat xdengar je..dalam hati Myra selalu kata (ikut suke aty ak la nk pkai pe pown).
Setahun di Univesiti(IPTA)
Myra agak risau..Universiti Islam tu cmne??kne pkai tdung labuh ker?aduh..ada lagi..hampa bila tengok subjek yg kena ambil..arab lagi!!!! Myra memang xminat dengan subjek yg dikatakan bahasa dunia dan akhirat itu…Myra adalah anak seorang yg baik,dia pernah berjanji pada diri dia sendiri yg dia xnk mengecewakan ummi dan ayahnya..kerana pernah suatu ketika dulu dia pernah melukakan hati seorang ibu yg disayanginya atas sikapnya keterlaluan.
Dalam sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Amru al-As berkata: “Telah datang seorang lelaki menghadap Nabi s.a.w, maka ia pun berkata: “Aku memberi bai’ah kepadamu untuk berhijrah dan berjihad semata-mata aku ingin mencari pahala daripada Allah” Rasulullah bertanya: “Apakah salah seorang daripada kedua-dua ibu bapamu masih hidup?” Lelaki itu menjawab: “Ya, kedua-duanya masih hidup” Rasulullah bertanya: “Engkau mahu mencari pahala daripada Allah?” Jawab lelaki itu: “Ya” Rasulullah s.a.w berkata: “Kembalilah engkau kepada kedua-duanya, dan perelokan pergaulanmu terhadap kedua-duanya”. (Riwayat Muslim)
bila melangkah msuk ke ipta sangkaan Myra melesat,actly students boleh pakai apa yg dia nk pkai asalkan bertutup..Myra bukan la seorang yg hipokrit..dia pergi class macam biasa dengan pakaian yg selalu dia pakai..kadang2 pakai baju kurung,kadang2 pakai blouse pergi kuliah cume tudung xbuat fashion2 yg selalu Myra buat cuz xsempata.pernah juga Myra terasa leceh pakai tudung nih cuz dia rasa tidak selesa apa yg dia pakai.sebulan berlalu…..Tetibe hati Myra terdetik “ Cantik2 btul akk2 yg pkai tdung labuh,manis aje pndang”.Aik,Myra bru perasan ke akk2 yg pakai tudung labuh lebih cantik???hehe…urmm…kita sambung cter ag…sejak aritu Myra suka pandang perempuan yg pakai tudung labuh.Myra mula cuba2 pakai tudung lebih besar daripada tudung dia B4 nih..dari sem 1 ke sem 2..cepat betul masa berlalu..Myra xsabar2 hendak memakai tudung labuh cuma dia risau kawan2 dia kata apa..ada yg kata Myra hanya hendak tunjuk baek.Myra meneruskan hasrat yer dengan sokongan yg diberikan oleh kawan2 rapat Myra..akhirnya Myra menjadi seorang muslimah manis bertudung labuh.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. (Surah al-Nur 24:31)
Myra cukup selesa cara pakaian dia sekarang.walaupun kadang2 adik perempuan dia kata “kak,ko nih bertutup sgt”.Myra cme senyum dan berdoa dalam hati agar suatu masa nanti adiknya akan berubah seperti dia.Myra tidak menjawab supaya dia berharap adiknya akan sedar agama Islam tiada paksaan untuk berubah..
Seindah mawar berduri..
Kaulah mawar idaman,tumbuh di taman larangan, mekarmu dipagari dan dibajai ketaqwaan, sesucinya hatimu seindah akhlakmu, diciptakan sebagai seorang wanita, mewarisi kelembutan wanita solehah..kembangmu tetap indah, walau cuma di taman larangan, menyinarkan nur keimanan, nan mekar dihiasi mahmudah, seindah mawar berduri…


No comments:

Post a Comment