Sunday, August 2, 2015

Bajet Kahwin

Assalamualaikum..

Alhamdulillah tarikh hari ini 02/08/15 genap 3 bulan aku bergelar isteri kepada Mohd Izham Bin Omar. Masih lagi teringat saat2 manis sebelum dan seusai dinikahkan oleh ayah kandungku sendiri.. TAK SANGKA KAMI SUDAH JADI SUAMI ISTERI... Terasa berbaloi pernantian bertahun-tahun selama ini.. kami sangat bahagia =)


Ok... Cerita pasal bajet kahwin kami..

1. Persediaan sebelum majlis kenduri

Bagi bakal pengantin yang berkahwin muda seperti kami banyak benda yang kami tak tahu nak buat dulu sebenarnya. Oleh itu, kami ambil masa buat list apa yang patut dulu, kemudian baru buat. Walaupun dah buat list still ada yang kurang ' Xpe, itu boleh tambah kemudian'.. Kalau boleh rancang la perkahwinan anda setahun sebelum.. Macam kami 5 bulan sebelum bertunang kami dah buat bajet majlis perkahwinan kami.

- Borang Kebenaran Nikah
-Krusus Perkawinan
-Saksi
-Imam (Ni kena cop awal2, nanti jadual imam penuh, lambat la korng dinikahkan..hehe)


2. Wedding Planner

Kami guna khidmat 'wedding planner' daripada De'Manja Bridal.. Di mana semua urusan semasa majlis perkahwinan kami diurus oleh mereka seperti SPA, CATERING, MAK ANDAM, SEWA BAJU PENGANTIN, KEK KAHWIN, DJ, PELAMIN, HIASAN BILIK TIDUR PENGANTIN DAN JURUGAMBAR. Total costs RM 20,000.00 untuk 1,200 tetamu jemputan (request drpd pihak perempuan)

Pakej penuh daripada De'Manja Bridal


3. Kad Kahwin

Kad Kahwin kami simple je sebab saya tak suka yang nampak banyak2 corak.. Yang penting nama pengantin dan peta rumah tu clear =) Itulah tujuan sebenarnya kad dibuat kn =)
Saya tempah 1,000 keping daripada X-pert Printing, Masjid Tanah .. Dia ada bagi free gift macam 2 bunting, 5 keping penunjuk arah, 1,000 keping tag ucapan terima kasih dan 1,000 keping sampul surat.. Semua sekali RM 290.00 sahaja.. Murah kan? Dengan abang ni korang kena booked awal2, paling lambat 2 bulan sebelum .. Kalau tak, lambat la nak siap.. Tu yang terjadi kat kami, sebulan sebelum baru nak suruh dia design kad..huhu.. Nasib baik la dia still nak tolong..

Free gift 

4. Barang Hantaran

Saya jenis tak kisah sangat pasal barang hantaran, bagi yang gred AAA pon dah ok sangat.. Pastu lebihkan barang makanan selain barang adat yang wajib ada seperti sirih junjung. Dulang hantaran pihak lelaki disediakan oleh De'Manja Bridal. Manakala daripada pihak perempuan deco from yang lovely sister 'Syafiqah'.. Cantik dan kreatif.. TQ dik =) Anggaran total deco dulang hantaran pihak perempuan RM 600.00 termasuk 9 dulang yang dibeli dari Nilai 3. Kalau adik beradik ramai baik beli je siap2 dulang hantaran, lagi jimat daripada sewa. Barang2 hantaran tu kami bajet RM,1,500.00 untuk kedua2 belah pihak. (Ikut kemampuan korang)

Purple Peach tema untuk dulang hantaran daripada pihak perempuan. Cantik tak? =)
p/s : nak sewa dengan kami pon boleh :)

5. Goodies bag untuk para jemputan

Untuk para jemputan saya tempah 1,000 biji chocolate cake berserta bekas yang ada tag nama pengantin daripada Naqik Cookies. Memamg sangat sedap kek coklat dia! Puas hati.. Macam kami lebih suka pentingkan kepuasan tetamu yang datang.. Yela mereka datang dari jauh semata2 nak meraikan majlis kita so apa salah belanja lebih sikit tetamu. Total untuk goodies bag tetamu RM 2,000.00.. Untuk 'tetamu pihak sebelah' kami tambah towel mandi, kuih2, dan gula2 dalam 1 paper bag untuk setiap orang. Total untuk tetamu pihak lelaki RM 300.00.. Jadi semua sekali RM 2,300.00..

Special untuk pihak sebelah

Goodies bag untuk para tetamu


6. Videography

Yang ni sebenarnya xde dalam bajet kami pada mulanya. Tapi sebab ada duit lebih sikit saya cadang nak ada video untuk perkahwinan kami. Setelah kami deal sampai hujung dunia so dapat la RM 2,200.00 untuk full package,  Videographer (Photoscreen) ni merupakan kawan saya masa kat USIM...




Apa pon, berbelanjalah mengikut kemampuan korang. Berbincang secara baik antara dua pihak, Insya'Allah semoga Allah permudahkan orang2 yang hendak mendirikan masjid ini.. Amin.










Thursday, April 9, 2015

Jemputan Walimatul Urus- Ashiqin & Izham (2 MEI 2015)


Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi,
Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai

HARIDAN BIN LAHAM & NORIZAH BINTI BAHAROM
Sireh bertepuk, pinang menari, dua hati memaut janji,
Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut,
Dan dengan izin Illahi, kami mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
................................................................................................................................
suami/isteri seisi keluarga bagi menyerikan ikatan janji,
izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati puteri kami yang dikasihi,

NURUL ASHIQIN BINTI HARIDAN & MOHD IZHAM BIN OMAR

Bertakhtakan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasullullah S.A.W.
Mendirikan istana kasih pertemuan dua hati di teratak kami,

Pada hari,
 

Bunga mawar kami taburi,
Air mawar direnjis wangi, Berkembang kasih menabur budi,
Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang merai,
Terima kasih dari kami dan raja sehari.

Turut Mengundang :-
NURUL SYAFIQAH HARIDAN
MUHAMMAD FAIZZUDIN HARIDAN
MUHAMMAD SHAHRUL FITRI HARIDAN
NURUL NAJIHAH HARIDAN
MUHAMMAD KHAIRUL IZZAT HARIDAN
MUHAMMAD NASRUL AFIQ HARIDAN



Aturcara Majlis
NIKAH 8.30 PAGI
JAMUAN MAKAN 11 PAGI - 4.00 PETANG
SANDING 12.30 TENGAHARI




Semoga dengan kehadiran dan doa daripada kalian akan menambah seri dan berkat majlis yang akan berlangsung nanti.. =)

p/s: kalau tak dapat datang , jangan lupa doakan kelancaran majlis dan juga doakan segala urusan dipermudahkan.. dan yang lagi penting, doakan 'masjid' yang bakal di bina kami nanti menjadi baitul muslim yang diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T serta berkekalan bahagianya sampai ke Syurga Allah.. Ameen.. 

Saturday, January 11, 2014

2 hari lagi~

Assalamualaikum

Terasa laju je langkah kaki nie meninggalkan masa lalu..tak sangka diri ini hampir menamatkan pengajian di UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA..terasa macam baru je jejakkan kaki di USIM semalam..TAK SANGKA DAH 5 tahun kat sini…!

Tinggal lagi 2 hari je nak habiskan sisa-sisa di usim. 2 hari lagi untuk jawab last payperrr !!! yeahhh!! TAK SABAR YER TAK SABAR YER….lepas tu tak perlu susah-susah nak buat assignment, pergi class dan buat kerja dengan orang yang tak boleh bagi kerjasama…hahaha…Apa pon, sepanjang 5 tahun ni banyak kenangan pahit dan manis yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila…SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA… 

Ye…saya gembira dah nak habis belajar….

Tapi dalam masa yang sama saya rasa tak nak masa ni bergerak laju SEBAB……saya tak nak orang yang saya sayang pergi jauh dari saya…ingat lagi masa si dia dapat offer belajar oversea setahun yang lepas, saya confuse kenapa saya nangis ‘saya gembira or saya sedih’??????? SAYA TAK TAHU>>>>huhuhu
Bila si dia bagi tahu yang dia dah nak balik Australia, saya mesti jawab ‘ pergi la balik Australia’ ..gaya macam tak kisah..tapi dalam hati saya Tuhan je yang tahu..saya malas nak layan perasaan ni..SEBAB saya tahu si dia pergi jauh untuk masa depan KAMI..sama juga saya, saya kena habiskan belajar kat sini untuk masa depan saya juga…

Saya akan kira 6 bulan lagi…saya tetap tunggu awak…ingat janji setia kita..

Saya tunggu awak balik…dan menanti HARI BAHAGIA kita bersama… 

Wa'allahualam

Saturday, December 7, 2013

IKHLAS tapi jauh~





Assalamualaikum...

Siapa berani kata dia sangat memahami seseorang yang lain 100%,  sila angkat tangan....kalau la anda salah sorang daripadanya...ce post ruang komen or bagi link tip2x nak memahami seseorang terutamanya kawan...
walaupun saya kenal dia hampir empat tahun, saya masih tak faham apa yang kawan saya nak lebih2x lagi perangai dia..
saya kenal dia seorang yang baik hati, sgt2x caring...lagi lama kenal dia lagi tak faham....sehingga terlampau caring dia buat kita rimas..mana tak yer, setiap kali kita nak keluar..bertubi2x soalan tuju kat kita.."nak keluar ke, nak pergi mana, dengan siapa, pukul berapa nak balik,pergi dengan apa,nanti makan kat mana"
sampaikan nak pergi campus sebab ada discussion pon tanya macam2x, mana la kita nie lari daripada dia..huhu

"awak, pinjam duit rm50.saya tertinggal purse..saya nak beli juga baju ni"
"boleh,nah rm50.."
(cerita rm50 senyap hingga sekarang)
...............................................................................
"awak,pinjam rm5.saya tak ada duit pecah nak bayar duit makanan ni."
"amek la"
(esok yer)
"eh awak, mana duit rm5 saya.saya nak guna"

Soalan:-

Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalanya,

Jawapan:-

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :   
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.   
ii. Hidupmereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.   
 iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.   
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)(Riwayat Ibnu Majah) Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. 
(Riwayat Baihaqi)Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Kami ada perasaan kesian dan malu nak minta hutang kami. dan kami mungkin tak bayar hutang kerana tak mampu lagi.

\HUTANG BUDI DI BAWA MATI

Wahai saudaraku, meminta pertolongan daripada orang kerana tak mampu itu adalah perlu. tetapi meminta dan meminta tanpa ketahui apa masalah si penolong dan kamu tak pernah ambil tahu..kamu menumpang kesenangan orang lain walaupun kamu sebenarnya anak orang senang...
sampai bila mahu menumpang free? sedangkan tanah kubur nanti pon kena bayar..

                                  


di sebabkan tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima kami turutkan walaupun IKHLAS itu jauh..

kami cuba meletakan diri kami dalam diri kamu..tapi kami tetap tak jumpa mana masalahnya..
Setiap orang tak pernah terlepas daripada kesilapan..tapi cuba la berubah dan menginsafi apa yag telah dilakukan..

kau bercakap seolah2x kau sahaja yang betul..nasihat orang kau tak terasa langsung..keraskan hati kau??

Berubah la sahabatku, jangan suka mengharapkan kesian daripada orang lain..kurangkan meminta2x tu sedangan kau mampu..

sekian.

Friday, May 17, 2013

Banana Shake

Homemade..

Saya suka sangat minum carrot susu dan susu segar...now, favourite drink saya bertambah..suka sangat2x minum banana shake! best!! hehe...

kalau ada pisang kat rumah, mesti saya buat banana shake sendiri..senang je..

Bahan-bahan.
  • pisang
  • susu segar
  • gula
  • beberapa ketul ais
Cara buat

Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam pengisar..
Then, Siap!


Sunday, May 5, 2013

Menu Hari Ini

Asam Lepas Bunga Durian

yeahh!! Musim durian bakal tiba..lepas nie balik kampung boleh makan durian..makan sampai demam..hihihi
Entry kali nie saya nak share dengan para pembaca menu saya hari ini..
daripada kita tengok bunga durian tu bersepah2 di halaman kita baik kita makan..buat lauk memang sedap..tak percaya, ?? boleh try.. salah satumya Asam Lepas Bunga Durian =)

kutip bunga durian di awal pagi sebab ianya masih segar dan bersih.

                                               buang bunga yang berlendir di atas bunga tersebut

macam ni la rupa bunga durian setelah dibersihkan


Bahan-bahan
  1. 3 ulas bawang merah( ditumbuk)
  2. 3 ulas bawang putih(ditumbuk)
  3. sedikit halia(ditumbuk)
  4. 2 batang serai(diketuk)
  5. sedikit belacan
  6. bunga durian
  7. 2 asam keping
  8. sedikt garam
  9. air
  10. lada kisar
Cara-cara memasak
  1. Masukkan bahan-bahan tumis( ditumbuk) ke dalam kuali apabila minyak sudah panas.
  2. Kemudian masukkan lada kisar, asam keping, serai dan belacan.
  3. Seterusnya masukkan air, garam secukup rasa..
  4. Bila air dah mendidih boleh la masukkan bunga durian, kemudian siap!




Senang kan? selamat mencuba =)

Thursday, April 11, 2013

Masih layakkah aku?


Ya Allah, terasa benar diri ini sering melupakanMU..seolah2 sedang berlari meninggalkanMU..Namun, semakin aku jauh semakin KAU dekat  denganku..

Salah siapa?
Mencintai duniawi melebihi cintaMu..Berdosanya aku..Aku lalai kerana terlalu sibuk mengejar cinta dunia..lalai dibawa arus deras nikmat dunia..masih LAYAKKAH AKU mencintaiMU ?..masa dahulunya aku memilihMU sebagai kekasih abadiku.. dan sekarang aku mencari redaMU..LAYAKKAH AKU, Ya Allah?

Aku mencari ketenangan yang dahulu aku pernah kecapi..masih LAYAKKAH AKU? Aku mengidamkan sabahat handai yang SOLEH SOLEHAH..Aku mengidamkan sebuah KELUARGA SAKINAH..Aku mengharap matiku sentiasa di bawah redaMU..Aku mengharap SYURGAMU..Aku mengimpikan NIKMAT syurgaMU..Aku mengimpikan untuk bertemu kekasihMu RASULULLAH S.A.W..
Berdosanya aku pada Ayah dan Ibuku..Ayah yang menangung segala dosa yang aku lakukan..Ummi yang mungkin kecewa apa yang telah aku lakukan..masih LAYAKKAN AKU digelar anak yang solehah?

Diriku tak cukup sempurna lagi untuk mencintaiMU..masih merangkak mencari hidayahMU..
Wahai diri, tak perlu berangan ada orang lain akan memimpin tanganmu ke arah SYURGA..tak perlu bermimpi ada orang lain memegang erat tanganmu menuju KEBAIKAN..BANGUNLAH! BANGUNLAH! BANGUNLAH! BANGKITLAH dari lenamu..BERUBAHLAH kerana ALLAH..BERUSAHALAH kerana kau akan keseorangan di alam barzakh nanti..yang PASTINYA hanya kau seorang yang akan menjawab segala persoalan yang disoal oleh malaikat munkar dan nakir..

Istiqomah mencintaiMU..perlu KUAT...TEGUH...TABAH…berdiri TEGAK tanpa bantuan orang lain..kerana KAU sentiasa ada memerhatiku….jatuh bangunku, adalah KEKUATANku.. UJIAN dariMU bukan musibah tapi KEKUATANku..

masih LAYAKKAH AKU,meminta keampunan padaMU Ya Allah~