Tuesday, December 7, 2010

Hijrah~

Sebelum peperiksaan


Masa nih semua orang sibuk menyediakan nota.mula la bongkar kotak buku dan loker cari nota2 yang terselit dicelah2 buku.yang lucunya,nota sebelum2 nih punya la lawa,tulisan warna-warni tapi bila nak exam,buat nota sendiri je paham.hehe.buat list jadual belajar.bedah siasat body buku-buku,dari kulit ke kulit.wah,mse tu yang tak paham jadi paham.sanggup bersengkang mata…..demi apa?

Keadaan bilik?ala,dah tak ambil tahu.dulu rajin kemas tiap hujung minggu tapi bila dah nak exam sampah tepi meja pun tak nampak.tak nampak ke buat2 tak nampak?urmm,entah la..

Bila nak exam rasa macam jadi orang lain.dulu punya la susah nak bangun awal,lepas solat subuh je mesti tidur balik.. tapi bila nak exam nak lelapkan mata pun susah.. tak payah pakai alarm pun..wah,magic!sebab apa?

Minggu peperiksaan

Belek2 slip exam.bila tengok nombor meja,wah! 700+…betapa ramai calon peperiksaan sampai tercampak ke hujung2 sudut dewan..mula la terbayang2 suasana dewan peperiksaan..eh,bukan dewan peperiksaan..usim mana la ada dewan peperiksaan..menumpang je! masa tu tak pikir orang lain dah.tapi sempat la juga usya orang kiri dan kanan sebelum boleh menjawab soalan exam..bukan apa,dah busan asyik dengar arahan yang sama daripada ketua pengawas...tapi ada ikut ker?kalau dah tahu pun dengar ajelah.hormat orang sedang bercakap kat depan..sendiri pikirlah..

Tengok semua orang cool je,kita pun cool la..hehe..lepas hati dapat makan ketenangan(doa) mula perah jus ilmu atas kertas jawapan.tangan menulis otak memikir.

Biasanya paper mula petang so pagi tu ada masa lagi nak selak2 buku.time2 macam nih tak boleh dah baca sorang2,berdebar..! buka buku tapi tak tahu nak baca yang mana dulu especially untuk paper ict..baca tak paham2..tak boleh jadi nih..! teringat pula buku ict ratna yang penuh dengan tulisan tangan dia kiri kanan atas bawah buku then terus mesej ratna.nak datang bilik,boleh? Bila dia kata boleh je,terus mendaki tingkat 5 blok F.Ya Allah,ramainye orang study kat bilik ratna.nak buat macam mana.kene study juga.nasib baik,ratna kata ok jew.dia pun mula la jadi guru yang ke 2,perghhh macam dalam gelangang debat.tapi best arh! boleh focus dan biar dia aje yang terangkan..sebab tahu dia susah nak berhenti kalau tengah bercakap..satu je yang tak boleh elak,dia terang dalam loghat sabah..alamak! rasanya dia tak perasan tapi tak pelah,still lagi paham apa yang dia cakap.

Selepas peperiksaan

Masa nih la yang ditunggu2…baru perasan yang bilik kurang kemas..ish3..kemas sikit2 lepas tu pergi buang masa tengok movie dengan kawan2..macam2 cerita tapi sempat juga bergayut(borak2) lama2 dengan sahabat baik padahal kami duduk satu blok jew..hihihi..

...........................

Semester nih rasa macam seronok.bukan nak kata semester lepas2 tak best,best juga tapi setiap semester kita kena la ada perubahan yang baik..tapi perasan tak,bila kita nak sesuatu daripada Tuhan baru kita berbuat amalan tambahan,bila dah dapat kita lupa..malu yer..

Semester kali nih ada semangat sikit..dan dari situ juga tahu la siapa sahabat dan siapa kawan hanya tika senang. Orang di sini memang tak boleh study dalam bilik sendiri kalau tak tidur aje.sorry ye to my roommate kalau selalu tak de dalam bilik.huhu..terima kasih to syidah,ratna and housemates sebab sudi terima kehadiran orang di sini…marilah sama2 kita berhijrah ke arah kebaikan…salam maal hijrah=)