Sunday, October 10, 2010

Kucupanku yang paling berharga

-->
Kucupan atau erti kata lain ciuman. ‘Best’ nikmatnya mencium dan dicium. Ada siapa-siapa yang pernah rasa nikmat cium orang lain dan kena dicium oleh orang lain??? Ish…Rugi kepada siapa-siapa yang tak pernah rasa nikmat cium nih…Rugi sangatlah! Seronok!Rasanya semua orang setuju apa yang saya katakan kecuali orang yang memang  ‘allergic’ apabila mencium dan dicium. Dengar pun cukup meloyakan tekak..uwekkk…  Ish,korang mesti pelik bila saya kata pasal ini…Nurul  Ashiqin nih kenapa,perlu ke cerita pasal ini? Dia nih ok ke tak? Dah tak ada benda lain nak tulis ker? Dia nih tahu tak orang akan baca benda nih?  Eleh……..sebab saya tahulah saya tulis dalam blog..saya nak share kat satu dunia..suka hati saya lah nak tulis apa…betul tak???

Ciuman daripada kaum hawa untuk kaum adam lain nikmatnya daripada ciuman kaum hawa untuk kaum hawa..Dan ciuman daripada kaum adam kepada kaum hawa lain nikmatnya daripada cium kaum adam kepada kaum adam. Tak salah kalau nak bercium nih… Eh,sudah pernah cuba ker? Ah sudah,rasa makin tak waras pula si Nurul Ashiqin nih…tak boleh la,haram! La,siapa pula suruh cium orang yang bukan muhrim dengan kita. Saya ada kata suruh ke tadi??? Ada tak? Ada tak? Tiada kan? Jangan pikir lain atau lebih-lebih…Kalau korang terpikir benda lain,jangan salahkan saya tau.

Sebenarnya cam nih,saya ada cerita benar yang saya nak cerita kepada para pembaca blog saya nih.Sebelum tu,saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi membaca apa yang ada di dalam blog saya=)

Ok,kita teruskan dengan cerita saya…..Di hujung-hujung minggu nih rasa ‘boring’ kalau duduk kolej je an..Sudah la dua minggu asyik dipadatkan dengan macam-macam test,midterm,seminar itu ini,program sana sini dan macam-macam lagilah..kebetulan hari ahad je yang free..saya pun ambil kesempatan keluar dari kolej..Selepas keluar berjalan bersama-sama,dia hantar la saya balik ke kolej semula..eh,keluar dating ker? Haa,dengan siapa?? Urmmm,mesti la dengan orang tersayang saya…Dah lama sangat tak jumpa,rasa rindu sangat-sangat…Biasalah,dah sayang an…Tak jumpa sebulan je pun dah terasa rindu..
Sepanjang kami jalan sama-sama,saya tengok di macam dulu juga..Tak ceria..Saya pikir,saya nih mengada-ngada sangat dengan dia ker..Yelah, dah la suruh dia datang jumpa saya kat sini lepas tu suruh bawa saya keluar jalan-jalan pula..Tapi saya tahu dia betul-betul kan sayang saya sebab tu dia datang juga…Kalau tak sayang,mesti dia tak nak datang an?…Siapa yang sanggup ulang-alik dari Melaka ke Nilai,meletihkan badan je..Esok nak kerja pula tu…Kesian…Tapi rasa rindu saya lebih mengatasi rasa kesian saya kat dia…hehe.. ‘Selfish’…!!!!

Eh,jauh pula menyimpang..saya kata dah tadi .. ‘Selepas keluar berjalan bersama-sama,dia hantar la saya balik ke kolej semula’ tiba-tiba cerita masa jalan-jalan pula…Okeh2,sambung…Bila dah sampai kolej, saya pun salam dia macam biasa..Saya salam sebab dia hulur duit,katanya buat belanja..Rezeki jangan ditolak..hehe..Selepas itu dia terus masuk dalam kereta..Saya rasa tak puas hati sebab rasa macam salam aje tak cukup..Apa lagi,saya terus pergi ketuk cermin kereta dia suruh dia turunkan cermin tapi dia tak pandang..Saya pun buka la pintu kereta tu dan terus salam tangan dia sekali  lagi..Eh,ada lagi..Saya bagi satu ciuman saya yang paling berharga kat pipi dia..Dia agak terkejut dengan tindakan saya itu sebab saya bukan jenis suka cium orang lain kecuali ummi saya tapi saya tahu dalam hati dia suka…Saya nampak dia macam malu-malu sebab saya tak pernah pergi kat dia dan cium dia macam tu…Dia suka tapi saya sedih sebab saya menyesal dan tak buat dari dulu..Dulu saya tak buat sebab dia seorang yang pemalu tambahan lagi saya sudah dewasa..

Ayah,terasa sangat pipi ayah yang makin lembik dan kusam apabila nurul cium pipi ayah…Ayah semakin tua,nampak garis-garis kedut di pipi ayah..Walaupun macam tu,nurul tetap sudi mencium pipi ayah yang berkedut tu..Nurul sayang sangat kat ayah..Sayang ayah selamanya…Sampai bila-bila…..